Pages

Subscribe:

Sunday, January 19, 2014

Kebaikan Vitamin B Complex


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

B-Complex



Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan 
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada 
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel 
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang 
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah 
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Kesan Makan 'MEE SEGERA' Pada Kesihatan


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.


Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.. 
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.